Selasa, 19 Mei 2009
Di mana ketelusan PAS?
Di ambang muktamar agung PAS pelbagai sudut diambil perhatian oleh masyarakat terutama media. Antara yang diambil perhatian ialah pertembungan antara dua 'golongan' iaitu dari golongan ulama' dan golongan profesianalisme. Akan tetapi, apa yang ingin diutarakan oleh Dimensi Malaya (DM) ialah mengapa tidak dinyatakan dari semasa ke semasa bilangan pencalonan yang diterima oleh calon-calon yang mungkin bertanding pada perhimpunan agung muktamar PAS? DM ingin bertanya kepada semua pembaca, sekiranya bilangan pencalonan yang diterima oleh ahli UMNO yang bertanding dirahsiakan, bukankah akan terdapat suara-suara yang akan berkata bahawa UMNO menutup perlakuan 'politik wang' dikalangan ahli UMNO kerana calon yang mendapat pencalonan terbanyak pun dari UMNO bahagian akan kalah dalam jawatan yang ditandingi.
Justeru, perkara yang sama sedang berlaku di dalam pencalonan jawatan-jawatan penting dalam muktamar agung PAS terutama dalam jawatan Naib Presiden. Mengapa jumlah pencalonan yang diterima oleh semua calon tidak didedahkan oleh parti PAS? Dimana ketelusan yang 'ditebar' oleh PAS seluruh Malaysia sebelum ini? Adakah kerana takut perkara seperti 'politik wang' diketahui umum kerana calon yang mendapat pencalonan terbanyak mungkin akan kalah apabila bertanding? DM juga teringat kembali akan kata-kata dari ahli PAS yang mana UMNO adalah parti rasuah kerana banyak berlakunya aktiviti rasuah untuk mendapatkan jawatan. Jadi, adakah kini parti PAS boleh dilabelkan sebagai parti rasuah pula? Jadi Dimensi Malaya harap pencalonan yang diterima oleh semua calon akan diumumkan dari semasa ke semasa dan parti PAS perlu telus sebenar-benar telus. Janganlah apabila terkena batang hidung sendiri, perkara yang salah disisi agama diabaikan.
Langgan:
Catatan (Atom)